Mualaf yang hadir memperagakan persalinan tradisi dan etnik masing-masing di Rumah Terbuka Aildil Al Bayan bertemakan Raya Dalam Budaya.

KUALA LUMPUR – Menyedari pentingnya mempromosi Islam sebagai agama sejagat, Pertubuhan Akademi Al Bayan (Al Bayan0, Al Bayan Global Sdn Bhd dan HD Group Sdn. Bhd. mendahului trend apabila mengadakan rumah terbuka bertemakan ‘Raya Dalam Budaya’.

Pada majlis itu tetamu hadir memperagakan persalinan tradisi dan etnik masing-masing.

Pengerusinya, Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan berkata, Raya Dalam Budaya bererti perayaan Hari Raya Aidilfitri disambut dengan tujuan meraikan hari kebesaran Islam dengan kepelbagaian budaya dan bangsa.

Menurut beliau, Islam adalah agama yang bersifat universal dan tidak membezakan antara lelaki dan wanita, berkulit putih mahupun hitam selain agama itu tidak pernah mengajar kita menolak asal-usul keturunan, di mana seorang mualaf perlu mengubah status bangsa sebaik memeluk Islam.

“Hari Raya Aidilfitri ini bukan eksklusif hanya untuk satu kaum sahaja tetapi maknanya lebih daripada itu. Oleh yang demikian Islam dapat diterima dari semua peringkat masyarakat tidak kira warna kulit, bahasa dan budaya.

“Al Bayan mengangkat konsep Raya Dalam Budaya pada penganjuran rumah terbuka kali ini kerana kita mahu menyatakan kepada masyarakat diluar sana mengenai kesepaduan antara semua kaum itu dapat disatukan dengan kita saling hormat menghormati antara satu sama lain.

“Walaupun kita berbilang bangsa dan budaya tetapi dengan kita mengamalkan ajaran Islam yang sebenar maka kita tidak menjadi masalah dengan itu. Ada pun sahabat-sahabat kita yang berlainan agama maka Islam mengajarkan kepada kita untuk memberikan kepada semua mereka hak yang telah ditetapkan dalam Islam seperti keamanan, kebebasan dalam beragama dan macam-macam lagi,” katanya pada Rumah Terbuka Aidilfitri Al Bayan semalam.

Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan.

Seramai 200 orang saudara baru Islam meliputi bangsa India, Cina, Kadazan, Dayak dan warga Antarabangsa, hadir pada majlis yang berlangsung di Dewan Masjid Bandar Baru Enstek itu.

Pada majlis Al Bayan, Al Bayan Global Sdn Bhd dan HD Group Sdn Bhd turut memperuntukkan sejumlah RM14,000 duit raya untuk diberikan saudara mualaf dan asnaf.

“Ini semua hasil orang ramai yang menyalurkan zakat kepada Al Bayan dan kami hanya bertindak sebagai perantara yang menjalankan amanah agar sumbangan ini sampai kepada golongan sasar.

“Terdahulu Al Bayan merencana pelbagai program, dengan melakukan kerja-kerja dakwah di lapangan khususnya membantu mualaf yang susah berkat sumbangan orang ramai.

“Mewujudkan saudagar mualaf Al Bayan bagi meningkatkan ekonomi mereka sekali gus dapat keluar dari kepompong kemiskinan, seterusnya dapat membantu mualaf yang lain.
Menyempurnakan keislaman mereka dengan melakukan khatan secara jemaah membabitkan peserta kanak-kanak dan dewasa.

“Selain itu mengangkat martabat mualaf di peringkat nasional dengan mengetengahkan pelbagai rancangan televisyen seperti tangisan mualaf dan yang terbaru selera rasa mualaf,” katanya lagi.

Tidak hanya penglibatan di lapangan, demi memastikan kebajikan mualaf terjaga, Pertubuhan Akademi Al Bayan yang sudah beroperasi lebih dua tahun juga dalam fasa membina Kompleks Pendidikan Islam Akademi Al Bayan yang berpengkalan di Pegoh, Melaka.

Pembangunan diwujudkan atas kesedaran bahawa kurangnya institusi pengajian yang menempatkan golongan anak-anak mualaf.

Enggan bersandar kepada infaq orang ramai semata-mata, Al Bayan turut mengambil inisiatif mengeluarkan produk makanan sendiri iaitu Sambal Bilis TERIaak yang berpontensi sebagai janaan ekosistem Al Bayan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast