Aqil Shamsul.

KUALA LUMPUR – Seorang pemain muda berusia 14 tahun dari Terengganu, Aqil Shamsul kini tular selepas video dia bermain bola mencuri perhatian peminat bola sepak di media sosial.

Dalam video tersebut, Aqil bermain dengan pasukan yang dibarisi oleh pemain dewasa namun ia bukan penghalang untuknya menampilkan aksi lincah dan matang di bahagian tengah.

Menurut perkongsian Football Terengganu, Aqil sememangnya berada dalam keluarga bola sepak di mana abangnya, Arsyad Shamsul merupakan pemain bagi skuad Terengganu IV yang beraksi dalam saingan Piala Belia.

Bapanya iaitu Shamsul ‘Matcang’ merupakan lagenda skuad futsal negeri tersebut dimana beliau menjadi ketua pasukan sehingga umur 44 tahun.

Difahamkan Aqil ketika ini berlatih di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Nasional (NFDP).

Kemampuannya itu bukan sahaja menarik perhatian peminat bola sepak tanah air tapi juga dari negara seberang iaitu Indonesia.

Salah seorang penyokong iaitu Mafia Wasit memberikan pesanan kepada Aqil agar tidak membuat akaun Instagram atau Tiktok sehingga mempunyai pengurus untuk menguruskan hal media sosial.

Selain itu, Mafia Wasit juga berharap agar Aqil beraksi di liga luar negara dan keluar daripada saingan bola sepak Asia Tenggara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast