Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diirirngi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Perhimpunan Jabatan Perdana Meneri di Dewan De Seri Endon , Putrajaya. Foto MUHD NA’IM, 15 MEI 2023.

PUTRAYA – Tindakan berunsur sabotaj yang ingin mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Kerajaan Perpaduan ketika ini tidak perlu dilayan lagi selepas ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, ini kerana Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 yang berlangsung semalam memberi isyarat jelas bahawa satu kerajaan telah dibentuk dengan kukuh dan kuat.

Tegas beliau, ia dibuktikan menerusi komitmen ketua-ketua parti dalam Kerajaan Perpaduan itu dalam usaha menerajui negara ini dalam keadaan lebih stabil untuk tempoh jangka masa panjang.

“Saya lebih yakin kerana seperti mana lihat Konvensyen Kerajaan Perpaduan semalam telah menetapkan satu bentuk kerajaan kukuh walaupun pada peringkat awal macam-mavam percubaan SD (surat akaun) dan sebagainya dan sampai ke Agong dan sultan-sultan tetapi beberapa bulan lalu lelih kemas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman bersama warga kementerian pada Perhimpunan Jabatan Perdana Meneri di Dewan De Seri Endon , Putrajaya. Foto MUHD NA’IM, 15 MEI 2023.

“Ini tidak ada salah dalam sistem politik demokrasi, siapa boleh rebut kuasa ikut jalur yang sah, jadi beberapa minggu lebih dan sebulan yang lalu, ketua-ketua parti baik Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Gabungan Rakyat bagi komitmen sangat jelas dan semalam diadakan perhimpunan itu dengan pengukuhan jelas bahawa sekurang-kurangnya untuk bertahun akan datang tidak ada layanan terhadap percubaan untuk sabotaj kerajaan yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Semalam, Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan menghimpunkan kesemua 19 parti di bawah satu bumbung itu juga mampu bertahan sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). – MalaysiaGazette