Kementerian Kewangan
Anwar Ibrahim mendendangkan lagu 'Azizah' sambil ditemani isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan tiba kira-kira pukul 1 tengah hari bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Sebelum meninggalkan majlis kira-kira sejam kemudian, Anwar sempat naik ke pentas untuk mendendangkan lagu ‘Azizah’ yang dipopularkan Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang ditujukan khas kepada isterinya.

Beliau dan isteri turut beramah mesra dengan para hadirin yang terdiri daripada penjawat awam dan orang ramai. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast