Mayat seorang remaja lelaki lemas ketika mandi bersama tiga rakannya di Monkey Rocks di sini berjaya ditemui pasukan penyelamat pada pukul 9.35 malam tadi.

BENTONG – Mayat seorang remaja lelaki lemas ketika mandi bersama tiga rakannya di Monkey Rocks di sini berjaya ditemui pasukan penyelamat pada pukul 9.35 malam tadi.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mayat mangsa ditemui di lokasi dilaporkan lemas pada kedalaman lapan kaki.

“Komander operasi melaporkan mangsa lemas di jumpai oleh pasukan penyelamat di air sekitar tempat mangsa lemas dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya menerusi kenyataan.

Pada pukul 5.10 petang tadi, mangsa Muhammad Syafiq Akmal Zaidi, 17, yang tinggal di Felda Lakum, Lanchang, dilaporkan lemas ketika mandi di D’Kasai Riverside (Monkey Rock), Penempatan Orang Asli, Kampung Gabong, di Bentong.

Mangsa dipercayai terjatuh dan telah dibawa arus manakala tiga lagi rakannya dilaporkan selamat.

Pasukan bomba telah bertindak melakukan operasi pencarian sejurus beliau dilaporkan lemas. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Remaja dipercayai lemas ketika mandi di Monkey Rock