ANKARA – Sebuah sofa hitam kelihatan terbang di langit dari bangunan setinggi 21 tingkat.
Kejadian itu berlaku ketika angin kencang melanda Ankara sekencang 80 kilometer sejam.
Insiden itu disiarkan di media sosial.
Onur Kalmaz, yang merakam video itu, memberitahu agensi berita Turki Demirören Haber Ajansı, tiada siapa yang cedera dengan kejadian itu.
Objek itu kemudian tiba-tiba berhenti di tengah-tengah ruang udara sebelum mula berpusing dan berpusing.
Sofa itu kemudian jatuh terhentak ke tanah.
Namun, ia masih boleh digunakan.
Sementara itu, bumbung pusat beli-belah di ibu negara Turki dilaporkan tercabut semasa ribut itu. selain memusnahkan menara masjid. – Agensi