Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa sehingga jam 10 pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Negeri-negeri tersebut ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

Selain itu, Terengganu, Pahang (Raub, Jerantut, Bentong dan Kuantan), Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya • Negeri Sembilan,  Melaka, Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru),  Sarawak: Bintulu (Bintulu dan Sebauh) dan Miri (Subis).

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast