KUALA LUMPUR – Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, Petaling Jaya dekat sini terbakar.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah itu menyebabkan api dan asap tebal boleh dilihat oleh pengguna Lebuhraya Persekutuan.
Kerja-kerja memadam kebakaran sedang giat dilakukan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Punca kebakaran dan jumlah kecederaan belum diketahui setakat ini.
Sebanyak lapan jentera bomba terbabit dalam operasi memadam kebakaran di bangunan berkenaan.
Sementara itu, KWSP dalam kenyataannya berkata, kebakaran berjaya dikawal dan bangunan berkenaan sudah lama dikosongkan.
Setakat ini tidak ada kecederaan dilaporkan dan bomba masih menyiasat punca kebakaran. – MalaysiaGazette