Foto Instagram Fauzi Nawawi.

KUALA LUMPUR – Pelakon Lisdawati, 45, berangkat ke Tanah Suci semalam bagi mengerjakan ibadah haji tahun ini tanpa ditemani suaminya yang juga pelakon dan pengarah, Fauzi Nawawi.

Fauzi, 51, hanya menghantar dan mengiringi Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Ya Allah peliharalah Dia untuk ku. Berkatilah perjalanannya, rahmatilah ibadahnya dan lancarkanlah fardhu haji untuknya.

“Aku serah segalanya pada mu Ya ALLAH. Selamat jalan sayangku,” coret Fauzi bersama beberapa gambar dan video di Instagram miliknya.

Malah, pelakon filem Anak Halal itu juga berkongsi kapsyen berbentuk doa buat isterinya.

“Ya Allah, peliharalah dia untuk ku.. berkatilah perjalanannya, rahmatilah ibadahnya, lancarkanlah fardhu haji untuknya..

Sementara itu menerusi hantaran Lisdawati di Instagramnya, dia menyifatkan perjalanannya masih jauh dan perjuangan belum selesai.

“Perjalanan yang jauh.. perjuangan masih belum selesai. Sentiasa doakan yang terbaik sesama kita.

“Mati itu pasti.. kita je yang tak tahu lagi..selagi nafas belum terhenti.. tetapkan hati..Cari iman sebelum mati.

“Semoga semua yang membaca ruang ini akan dijemput menjadi tetamu-Nya nanti. Assalammualaikum semua,”  tulisnya.

Pasangan Fauzi dan Lisdawati mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007.

Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Aina Farhana, 15, Nur Aina Fazneesya,14, Ahmad Nur Fyrdaus, 9, dan Ahmad Nur Fayyadh, 4.

Lisdawati juga mempunyai empat anak tiri hasil perkahwinan terdahulu Fauzi iaitu Nurul Hainil Fatihah, 28, Fareez Hazwan, 26, Nurul Hana Farisya, 24, dan Mohd Fikri Hakimi, 21. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast