KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini gamat seketika apabila ahli Parlimen pembangkang tidak berpuas hati dengan perjalanan Aturan Mesyuarat dan Usul-Usul Dewan Rakyat hari ini.
Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, sehingga kini hanya ada dua aturan mesyuarat yang bakal dibincang dan diputuskan.
Dua perkara berkenaan adalah Rang Undang-Undang (RUU) Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2023 Bacaan Kali Kedua dan RUU Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Pindaan) 2023.
Kedua-dua perkara ini daripada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
Situasi ini akan memendekkan tempoh persidangan hari ini.
Takiyuddin juga mempertikaikan hala tuju kerajaan untuk sidang Dewan Rakyat yang berbaki tujuh hari lagi.
“Soalan kami di pihak pembangkang hari ini adalah hari keempat, kita ada tujuh hari lagi. Saya nak tanya adakah kerajaan tidak mempunyai apa-apa RUU untuk tujuh hari lagi? Atau ada kerajaan nak buat kejutan, macam RUU Insolvensi (Pindaan) 2023 baru-baru ini?,” soalnya.
Perkara tersebut turut disuarakan oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Katanya, sekiranya benar Dewan Rakyat tidak lagi mempunyai urusan kerajaan yang perlu dibentangkan maka sepatutnya usul persendirian dalam kalangan ahli Parlimen pembangkang boleh dibincang dan dibahaskan.
“Ini bererti usul persendirian yang dibawa oleh Arau itu hendaklah diketengahkan, jadi usul Arau kalau tidak mahu ambil, usul lain.
“Usul saya pun berkenaan permintaan saya untuk diletakkan kamera di Padang besar, ia bukan menggugat tapi untuk kepentingan,” tegasnya.
Walau bagaimanapun, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Noor berkata, sehingga kini beliau tidak menerima notis untuk urusan kerajaan selepas dua RUU selesai dibincang dan diputuskan.
“Namun kita tidak boleh putuskan apa-apa sekarang sehinggalah pada hari persidangan akan datang,” ujarnya.
Sementara itu, pihak pembangkang memohon supaya undi belah bahagi dilaksanakan untuk memutuskan cadangan yang dibawa oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Ugak Anak Kumbong supaya persidangan ditangguhkan selepas dua Rang Undang-Undang (RUU) dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) diputuskan.
Dewan Rakyat kemudian direhatkan 10 minit untuk undi belah bahagi dilaksanakan.
Selesai undi, keputusan mendapati seramai 52 Ahli Parlimen tidak bersetuju, 86 orang tidak hadir dan satu tidak mengundi.
“Yang tidak mengundi saya,” kata Ramli.-MalaysiaGazette

















Parliament dan Dewan Rakyat tidak serupa MAHKAMAH. Fungsi jauh berbeza.
yang sama serupa TIDAK BERBEZA adalah MP MADANON serta teori amalan….
sesuatu keputusan telah ditetapkan dengan MASA Peraturan…. kerajaan MADANON
Dewan Rakyat boleh cuti-cuti masa untuk PERCEPATKAN keputusan
Mahkamah boleh cuti-cuti SAKIT untuk MEMPERLAMBATKAN keputusan
Dewan Rakyat dengan Mahkamah berbeza
Kerajaan PERBANDUAN dengan Wak Welanon SERUPA TIADA PERBEZAAN.
Sayonara goodbye Zahid Hamidi