KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. menzahirkan ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional (Hawana).

Ucapan itu dikongsikan menerusi satu poster yang dimuat naik menerusi laman Facebook dan Instagram rasmi Istana Negara hari ini

Hawana yang disambut pada tarikh 29 Mei tahun ini bertemakan “Media Bebas, Tunjang Demokrasi”. – MalaysiaGazette