Dr Zaliha Mustafa

PUTRAJAYA – Malaysia akan menilai semula status peralihan fasa ke endemik setelah melanjutkan pengisytiharan kawasan jangkitan Covid-19 tempatan bagi tempoh enam bulan yang berakhir 30 Jun depan.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, langkah itu kerana negara masih berada dalam kawasan jangkitan tempatan dan semakan semula itu perlu dilakukan.

“Disebabkan negara kita masih lihat ada kes khususnya pada musim perayaan ada peningkatan sedikit walaupun ada masih terkawal tapi yang berlaku adalah kes yang rendah tapi kebimbangan itu masih ada dan kita masih pantau dengan dekat.

“Pertengahan bulan Jun kita akan nilai semula dan lihat bagaimana keadaan itu dan kita juga akan melihat juga garis panduan yang diberikan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO),” katanya dalam taklimat Kertas Putih Kesihatan kepada media di sini hari ini.

Sebelum ini, Dr Zaliha berkata, WHO mengumumkan Covid-19 bukan lagi dikategorikan sebagai kecemasan kesihatan global pada awal Mei lalu.

Tambah beliau, pengisytiharan Malaysia sebagai kawasan tempatan jangkitan adalah perlu bagi memenuhi keperluan isolasi atau pengasingan kes Covid-19 di mana-mana tempat selain hospital dan keperluan majikan dan pengujian kepada pekerja.

Malah, kataya, penilaian risiko situasi jangkitan Covid-19 dalam negara akan dilaksanakan pada pertengahan Jun tahun ini bagi menyemak semula pengisytiharan kawasan tempat jangkitan untuk menentukan hala tuju seterusnya. – MalaysiGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast