Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Mohd Azahari Mukhtar

KUANTAN – Polis sudah memanggil tiga saksi berkaitan kes perebutan hak jagaan seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar berkata, pihaknya akan memanggil beberapa lagi saksi lain bagi siasatan lanjut  kes yang didakwa berkaitan penderaan itu.

Sebelum ini pihaknya telah menerima laporan polis berkait seorang kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun yang disyaki didera oleh bapa kandung dan ibu tiri pada 27 Mei lalu.

”Ekoran itu polis telah mengambil keterangan tiga orang saksi berkaitan dan saksi lain turut akan dipanggil bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.

BACA: JKM gagal dapat perintah hak jagaan sementara Maisarah

Maisarah : Ibu mangsa buat laporan polis

Kerajaan Negeri Pahang akan teliti kes Maisarah

Menurut Mohd Azahari, mangsa kini berada di bawah jagaan bapa kandung atas perintah mahkamah.

Kertas siasatan dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan siasatan lanjut masih berjalan.

Justeru polis meminta orang ramai agar orang ramai berhenti membuat spekulasi bagi mengelak kekeliruan dan boleh mengganggu siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast