Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan tetamu selepas Majlis Perasmian Seminar Fikrah Siddiq Fadzil ÒCitra Budaya dan Peradaban Bangsa MalaysiaÓ di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 30 MEI 2023.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pelik dengan dakwaan beberapa pemimpin Pas terdapat wakil kerajaan menawarkan kepada parti itu untuk berkerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, ini kerana beliau sama sekali tidak dimaklumkan berhubung perkara itu

Malah tegas beliau, perkara itu tidak pernah dibincang di peringkat pimpinan tertinggi kerajaan antara atau Barisan Nasional (BN).

“Saya tidak dimaklumkan sama sekali. Saya tidak tahu siapa ketua ranting (ketua pimpinan bahagian atau cawangan) yang sampaikankah… saya tidak tahu. Ia (tawaran) bukan daripada saya bukan juga daripada pimpinan kerajaan.

Itu (tawaran) tanya dialah (Pas), mungkin daripada ketua rantingkah saya tidak tahu tapi tidak pernah sampai dan tidak pernah dibincang di peringkat pimpinan yang saya tanya dalam PH atau BN,” katanya yang juga Presiden PKR.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Fikrah Siddiq Fadzil Citra Budaya dan Peradaban Bangsa Malaysia di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka hari ini.

Sabtu lalu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan pernah dihubungi beberapa kali daripada ‘orang tertentu’ yang menawarkan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

Beliau bagaimanapun mempersoal tawaran itu dengan berkata, ia sepatutnya memberi kelebihan kepada Pas kerana parti itu mempunyai kerusi Parlimen lebih banyak daripada parti lain.

Timbalannya pula, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man semalam dilaporkan turut menyokong dan mengesahkan dakwaan tersebut malah tawaran yang disampaikan wakil kerajaan itu telah bertemu dengan beliau sendiri. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. ANWAR IBRAHIM ni buat sengal-sengal pulak terus nafi. Rakyat tidak lupalah bagaimana anda menghina UMNO dan ZAHID HAMIDI lebih teruk dari ANJING KURAP serta menolak Penyamun LANUN tetiba corner berceom molot… pelbagai sudut setiap hari beritahu rakyat kan kan kan… ini pun ADA ASAS dan MAKSUD kot…
    Sayonara goodbye Zahid Hamidi

Comments are closed.