KUALA LUMPUR – Ketua pasukan Negeri Sembilan, Zaquan Adha bakal terlepas baki saingan Liga Super musim ini selepas mengalami kecederaan serius ketika menentang Selangor minggu lalu.
Penyerang berusia 35 tahun itu mengalami kecederaan pada aksi Piala FA 2023 di mana dia ditempatkan di zon kuning sebuah hospital tempatan selepas perlawanan.
Zaquan dipercayai mengalami koyak ligamen lutut anterior (ACL) yang memerlukan rehat yang panjang untuk proses pemulihan.
Baru diturunkan sebagai pengganti pada minit ke-78 ketika perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, dia mengalami kecederaan selepas perlanggaran dengan pertahanan Selangor, Fazly Mazlan.
Akibat perlanggaran itu, Fazly dikatakan terjatuh dan menghempap lutut Zaquan yang menyaksikan pemain itu terpaksa diusung keluar padang. – MalaysiaGazette