Foto Instagram Zamarul Hisham (kanan) bersama arwah bapanya.

KUALA LUMPUr – Bapa kepada pelakon Zamarul Hisham, Mohamed Mohamed Zain menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bangi malam tadi.

Berita sedih itu dikongsikan pelakon tersebut yang menyatakan dia kini kehilangan tempat mengadu dengan pemergian insan disayanginya itu selepas terjatuh dalam bilik air.

“Innalillahhiwainnailaihirojiun. Tiada lagi teman bicara, teman untuk berkongsi rasa, pendengar setia.

“Bak (panggilan bapa) baru dua hari lepas Sham (panggilan Zamarul) balik kita berbual panjang, ketawa ceria tetapi hari ini Bak pergi tinggalkan kami semua.

“Al-Fatihah buat Bak. Semoga Bak tenang di sana. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram.

Allahyarham disolatkan di Masjid Al-Umm, Bangi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar Baru Bangi pukul 10.30 pagi tadi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast