bidang tujahan IPT warga emas MQA
Mohammad Shatar Sabran

KUALA LUMPUR – Institusi pendidikan tinggi (IPT) tempatan disaran untuk menawarkan program yang berkaitan dengan perkhidmatan yang diperlukan oleh warga emas.

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, menjelang 2030, peratus penduduk berumur lebih 60 tahun dan ke atas atau warga emas akan mencapai 15.3 peratus daripada jumlah populasi di negara ini.

Menyedari hakikat itu, katanya, universiti, politeknik dan kolej komuniti wajar menawarkan program yang berkaitan dengan perkhidmatan yang diperlukan oleh warga emas bermula sekarang.

“IPT disaran untuk mengambil inisiatif untuk mengembangkan program yang berkaitan servis kepada warga emas ini mengikut kreativiti mereka berdasarkan keperluan dan permintaan yang dijangka akan terus meningkat saban tahun.

“Dengan memulakannya sekarang, IPT dapat memastikan perkhidmatan yang diperlukan oleh warga emas tersedia dan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran yang berkaitan juga dapat disediakan lebih awal,” katanya, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohammad Shatar yang juga pakar sosial berkata, di negara maju terdapat permintaan untuk perkhidmatan berkaitan dengan warga emas termasuk di kediaman sendiri mahupun rumah orang tua berstatus elit.

Oleh itu, katanya, IPT di Malaysia wajar memanfaatkan peluang ini dan menyesuaikan program-program mereka untuk memenuhi keperluan warga emas dalam semua aspek bukan hanya bidang gerontologi, tetapi bidang lain seperti penjagaan diri, kesihatan, literasi kewangan, keagamaan dan rekreasi.

Katanya, dengan menawarkan program-program ini, IPT dapat memberi sumbangan yang signifikan dalam mempersiapkan masyarakat Malaysia menghadapi penuaan penduduk yang semakin meningkat.

“Program-program ini akan membantu menciptakan tenaga kerja yang terlatih dan berkemahiran dalam menyokong keperluan warga emas serta meningkatkan kualiti hidup mereka.

“Inisiatif ini juga mampu menarik pelajar antarabangsa untuk menyambung pengajian dalam bidang berkaitan penjagaan warga emas seterusnya menjadikan Malaysia sebagai hab bakat dan pengetahuan selaras dengan hasrat Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. sebagai menyambut seruan Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia
    (MQA )Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran IPT disarankan Dan wajar tawar Program berkaitan servis Warga Emas Kami ingin maklumkan untuk Kumpulan Sasaran HCP diberi peluang mengikuti Kursus Gerontology Selama 6 bulan sebagai PosBasik.
    Satu lagi Latihan dalam bentuk Sijil kemahiran adalah Selama 3 bulan kursus pendek Health Care Assistance Course. ( Mahsa University)
    workshop Dan Seminar juga diadakan Dari masa kesemasa sebagai persediaan kearah Ageing Society 2030.
    untuk Makluman pihak Ybhg Datuk CEO MQA.

Comments are closed.