Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berucap pada InvestFair 2023 ‘Grow Your Money’ di Mid Valley, Kuala Lumur. Foto MUHD NA’IM, 03 JUN 2023.

KUALA LUMPUR – Kerajaan menjangkakan kadar inflasi akan terus menyederhana sehingga hujung tahun ini.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, pihaknya optimis negara  akan mampu mencapai sasaran inflasi antara 2.8 hingga 3.8 peratus tahun ini.

“Data menunjukkan inflasi akan terus menyederhana dan saya rasa kita akan terus melaksanakan kombinasi beberapa usaha struktural yang akan mengambil masa.

“Kita fokus terhadap kapasiti pengeluaran makanan pada level komuniti, naratif harga sederhana makanan yang dimasak, mungkin ada yang tidak memahami Rahmah, kenapa penting jualan makanan RM2 ke RM3 di mesin vending.

“Sementara kita tak boleh paksa subsidi atau kawalan harga makanan dimasak tetapi kita boleh menghasilkan persekitaran yang mewujudkan persaingan harga supaya harga di gerai dan restoran tidak meningkat. Kita harap trend inflasi menyederhana akan berterusan sehinggalah akhir tahun ini,” kata Rafizi.

Beliau berkata demikian kepada media dalam sidang akhbar selepas merasmikan Invest Fair 2023 selama dua hari yang berlangsung, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bursa Malaysia Datuk Muhamad Umar Swift dan CEO Sharelnvestor Gorup Chirstopher Lee.

Sementara itu Rafizi sekali lagi menegaskan kerajaan tidak akan campur tangan berkaitan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dalam memastikan kadar inflasi terus menyederhana.

“Kita hormat peranan Bank Negara Malaysia mengenai dasar kewangan terutama OPR. Bayangkan jika menteri seperti saya pergi ke majis seperti ini dan individu ini minta naikkan OPR, individu ini kata turunkan OPR.

“Ahli politik secara semulajadi terpaksa berhadapan dengan kebimbangan jangka pendek dan kebanyakannya bersifat emosi. Manakala trajektori ekonomi termasuk OPR dan polisi kewangan adalah bersifat jangka panjang dan berdasarkan data dan fakta.

“Secara semulajadi ahli politik perlu memberi respon terhadap emosi, sementara saya tak tahu ia akan naik atau turun saya kekal bahawa polisi ini terbaik dikawal oleh Bank Negara,” tegas Rafizi.

Beliau menjawab soalah wartawan sama ada kerajaan akan menaikkan kadar OPR bagi memastikan inflasi tidak meningkat.

Inflasi keseluruhan pada suku pertama 2023 Malaysia semakin turun kepada 3.6 peratus berbanding 3.9 peratus pada suku keempat 2022. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. formula Rafizi pertama untuk rakyat susah telah berjaya. Bertahan kesukaran hingga hujung tahun. Bila TELAH LALI maka rakyat tidak berasa itu merupakan KEGAGALAN hingga tamat penggal kerajaan PRU 15. Jika rakyat KEKALKAN kesusahan ini maka bertambah SENANG Raja Formula tu. jika rakyat NAK SENANG “segera berjuang” jangan KEKALKAN Mamat berilusi tu…

Comments are closed.