foto HAZROL ZAINAL, 03 JULAI 2018.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Pahang telah menahan seorang Ketua Polis Daerah Negeri Pahang kerana disyaki menerima rasuah bagi melindungi aktiviti pusat hiburan dan pusat urut di sekitar daerah kawalannya.

Sumber memberitahu, pegawai kanan polis berusia 53 tahun itu  telah ditahan petang tadi.

Pegawai berkenaan dikatakan menerima suapan dianggarkan lebih RM1 juta sejak tahun 2017 hingga 2022.

Bayaran rasuah ini supaya pegawai tersebut melindungi pusat-pusat hiburan dan pusat-pusat urut yang tidak berlesen daripada sebarang tindakan dan gangguan pihak berkuasa.

Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Amin, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan yang dibuat ke atas pegawai kanan PDRM tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.

Katanya, siasatan ke atas pegawai itu sedang dijalankan dibawah seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

Sementara itu, MalaysiaGazette sedang berusaha mendapatkan pengesahan lanjut berhubung tangkapan itu daripada Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Polis Pahang Datuk Yahaya Othman. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.