Tun Dr. Mahathir Mohamad.- Foto MUHD NA’IM, 06 JUN 2023.

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad berseloroh dengan berkata veteran DAP, Lim Kit Siang adalah individu yang setaraf dengan bekas Musyidul Am Pas, Allahyarham Tan Sri Nik Aziz Nik Mat.

Bercakap dengan media, bekas Perdana Menteri itu berkata, sumbangan Kit Siang kepada negara tiada bandingan dengan mana-mana individu di negara ini.

“Bagus sebab dia (Lim Kit Siang) sama taraf dengan Nik Aziz.

“Sumbangan Kit Siang kepada negara tak boleh di lawan oleh mana-mana pihak lain, dia seorang yang setaraf dengan (Allayarham) Nik Aziz,” katanya dalam sidang media khas Mesyuarat Meja Bulat Proklamasi Orang Melayu, hari ini.

Hadir sama adalah Presiden Pas, Tan Sri Abdul  Hadi Awang, Presiden Putra, Datuk Ibrahim Ali dan bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin serta Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa.

Turut serta dalam sidang media itu adalah Presiden Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris dan Setiausaha Agun Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Mahathir berkata demikian ketika mengulas mengenai penganugerahan darjah kebenaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri kepada Kit Siang oleh Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara semalam.

Mengulas lanjut, bekas Pengerusi Bersatu itu berkata, beliau tidak mahu beremosi dengan penganugerahan darjah kebesaran kepada Kit Siang.

“Saya tak marah (Kit Siang) terima darjah Tan Sri,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast