Tindakan Jocelyn membuat lawak tentang Malaysia menerima kecaman hebat.

KUALA LUMPUR- Pelawak kelahiran Singapura, Jocelyn Chia yang membuat jenaka melampau menghina Malaysia dan tragedi MH370 telah menyah aktif akaun media sosialnya.

Tinjauan Malaysia Gazette terhadap akaun Twitter dan Instagram wanita itu tidak lagi wujud.

Terdahulu, laman Instagram pelawak itu dihujani komen-komen menghentam ekoran lawak melampaunya ketika melakukan satu persembahan di sebuah kelab komedi di Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Petikan video daripada persembahan itu dimuat naik Jocelyn ke akaun Instagramnya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Singapura mohon maaf lawak melampau Jocelyn Chia