KUALA LUMPUR – Perdana Menteri berkata kehadiran beliau ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU2023) buat julung kalinya selepas 25 tahun kerana menyempurnakan tugas kepada negara.

Jelasnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau selesa untuk hadir PAU2023 kerana biasa dengan suasana parti itu.

“Yang penting menyempurnakan tugas kepada negara, pengalaman peribadi itu penting tetapi ia tidak boleh mengatasi kepentingan rakyat dan kepentingan negara.

“Saya hadir semula kerana saya gunakan platform perpaduan ini untuk memperkukuh kerajaan dan memberikan manfaat kepada rakyat.

“Saya tentunya rasa selesa dan kerana sudah biasa dengan suasana itu termasuk menghadap lagu UMNO,” katanya ketika meninggalkan perkarangan Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini.

Terdahulu Anwar diiringi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri Perhimpunan Agung UMNO pertama kali selepas menjawat jawatan Perdana Menteri.

Turut hadir adalah Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu, dan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal.

Ditanya mengenai perasaan beliau menyanyikan lagu UMNO Bersatu, Bersetia, Berkihdmat, Anwar menjawab “Masih ingat lagu UMNO,” katanya sambil senyum.

Di dalam Dewan Merdeka, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dirakam tidak kekok menyanyikan lagi itu bersama-sama kepimpinan UMNO dan perwakilan.

Untuk rekod, kali terakhir Anwar menjejakkan kali ke PAU adalah pada tahun 1998 dimana beliau menjawat jawatan Timbalan Presiden UMNO sebelum dipecat. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Cikgu.. cikgu boleh tapau semua yang kat situ takde hal.. masalah ciput cuma pada mereka yang berumur 35 tahun atau kurang kerana tahun 2005-2010 “KUNYIT pun tak kenal apalagi BERKUNYIT” tapi tu semua kacang lah untuk diurus. Sayonara goodbye Zahid Hamidi after PRN 6 NEGERI

Comments are closed.