Pengarah filem, Syamsul Yusof akhirnya mencerai isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana dengan talak satu ketika prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Pengarah filem Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof akhirnya mencerai isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana dengan talak satu ketika prosiding di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Lafaz itu menyaksikan kemelut rumah tangga mereka menemui titik noktah apabila pasangan itu sah bercerai buat kali kedua ketika prosiding status pengesahan cerai di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin Ilyas.

Puteri Sarah yang hadir ke mahkamah dengan memakai kurung moden bewarna kelabu tidak menunjukkan sebarang perubahan emosi yang ketara sebaik sahaja lafaz cerai dibuat.

Semasa prosiding, mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah Liyana atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu terhadap suaminya yang berusia 39 tahun, pada 16 Januari lalu.

Kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah mula diperkatakan sejak empat tahun lalu tetapi anak kepada Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu.

Pelakon Lu Pikirlah Sendiri de Movie, Puteri Sarah kemudiannya memfailkan permohonan cerai daripada Syamsul pada 16 Januari lalu, menerusi Tetuan Akberdin & Co. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast