Keadaan kereta mangsa terperosok di bahagian pemandu dalam nahas kemalangan setelah bertembung dengan lori treler di Temerloh hari ini

KUANTAN –  Seorang guru tidak sempat sampai ke sekolahnya apabila kenderaan yang dipandunya dirempuh lori treler di Kilometer 2 Jalan Jerantut – Temerloh kira-kira 6.30 pagi tadi.

Nahas itu menyebabkan mangsa, Ganasan A/L Ramasami, 44, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Roslee Omar berkata, mangsa merupakan guru di Sekolah Jenis Tamil Kebangsaan (SJKT) Jerantut.

“Kejadian berlaku ketika kereta mangsa yang bergerak lurus dari arah Mentakab menghala ke Jerantut dilanggar lori treler yang sudah keluar dari simpang Taman Sri Semantan.

”Akibat daripada perlanggaran tersebut, mangs yang memandu Perodua Viva meninggal dunia di tempat kejadian, tetapi pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas).

Kes masih dalam sisasatan lanjut dan diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tambah Roslee, pemandu lori ditahan dan akan direman esok bagi siasatan lanjut. MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast