KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyiasat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut beliau, pernyataan pembelaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam yang mengaitkan Dr Mahathir dengan kontrak gentian optik Telekom Malaysia Berhad kepada Opcom Sdn Bhd bernilai RM214.2 juta pada 2003 adalah amat serius.
Mohd Puad menambah, ketika itu, Dr Mahathir adalah Perdana Menteri manakala Opcom dikaitkan dengan anaknya, Datuk Seri Mukhriz selaku pengarah syarikat.
“Anwar juga buat pernyataan, Tun Mahathir mendesak untuk bailout syarikat perkapalan milik anaknya. Datuk Seri Najib Razak pernah mendedahkan kepincangan ini,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
Puad memberitahu, rakyat sudah bosan dengan hipokrasi Dr Mahathir yang didakwa bersikap zalim terhadap orang lain serta merasakan dirinya kebal.
“Keberanian Anwar boleh menamatkan ego bapa kroni negara,” dakwanya.
Semalam, Anwar mendakwa Telekom Malaysia mengeluarkan surat kepada Kementerian Kewangan pada 15 September 2003 untuk meminta kebenaran mengadakan rundingan terus dengan Opcom bagi projek tersebut.
Ketika itu, Dr Mahathir turut memegang jawatan Menteri Kewangan.
Menerusi pembelaan terhadap saman difailkan Dr Mahathir, Anwar berkata, Telekom Malaysia adalah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mana Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) memegang satu saham khas yang memberikan MKD kuasa untuk menolak keputusan lembaga dan pemegang saham lain.
Beliau berkata, MKD pada masa itu berada di bawah kawalan dan arahan Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Tuntutan saman difailkan Dr Mahathir di Mahkamah Tinggi Shah Alam melalui firma guaman, Tetuan Law Practice of Rafique pada 3 Mac lalu dengan menamakan Anwar sebagai defendan tunggal.
Dr Mahathir mengemukakan saman fitnah itu dengan menuntut ganti rugi RM150 juta berhubung ucapan Perdana Menteri di Kongres Nasional Khas Malaysia Madani: ‘Pelaksanaan Sebuah Idealisme’ pada Mac lalu.
Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, kenyataan Anwar dalam ucapannya pada kongres itu membawa maksud beliau membolot harta untuk keluarga dan kehilangan harta, aset atau saham orang Melayu adalah berkait dengan harta, aset atau saham milik keluarganya. – MalaysiaGazette
Yeap…rakyat tak sabar untuk melihat saka tua ni disiasat dan didakwa
Pokcik Puad kaki sembang ANWAR kaki temberang. bila boleh mula tu? Mahathir tunggu tu.
ZAHID HAMIDI pun dah bersiapsiaga menunggu tu… tetapi lepas PRN 6 NEGERI. ZAHID HAMIDI tunggu untuk di angkat atau di humban?
ZAHID HAMIDI sedang HIDU HIDU tu….
menjadi batu API orang ini no satu.. boleh di gelar bapak batu API zon selatan berpolitik sepanjang masa.. bangsa mu berpecah masih berbangga rakyat dalam kepayahan pati mu hancur berpecah masih berbangga..? hidup menompang kasih masih berbangga esok Negara mu di jual masih berbangga..