Seorang remaja perempuan yang menaiki atas sebuah tangki pada ketinggian 70 kaki berjaya  diselamatkan daripada terjatuh di Taman Mutiara, Rawanghari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan yang memanjat sebuah tangki pada ketinggian 70 kaki berjaya  diselamatkan daripada terjatuh di Taman Mutiara, Rawang dekat sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, remaja berusia 20 tahun itu dikatakan cuba membahayakan dirinya.

“Bagaimanapun mangsa berjaya dipujuk oleh anggota bomba dalam masa lima minit dan diselamatkan daripada terjatuh,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Jelas Wan Md Razali, mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan itu kemudian telah diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, pihaknya menerima panggilan mengenai perkara itu pada pukul 8.30 malam daripada orang awam dan bertindak atas laporan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentosa dikejarkan ke lokasi kejadian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast