Hussein Omar Khan

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai polis wanita yang mencemuh dan menghina anggota polis pangkat bawahan di Taman Sri Gombak, Batu Caves pada Khamis lalu ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pegawai itu dipanggil kali pertama semalam ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak berhubung kejadian tersebut dan dipanggil sekali lagi hari ini.

“Semalam dia dipanggil dan hari ini, dia ditahan di IPD berkenaan berhubung dua kertas siasatan yang dibuka terhadapnya,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan kertas siasatan telah dibuka terhadapnya sejak rakaman video yang memaparkan pertengkarannya dengan dua orang anggota polis di Taman Sri Gombak, Batu Caves tular.

Rakaman video baharu turut tular menunjukkan pegawai polis wanita itu sedang bertengkar sambil merakam di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Brickfields.

Susulan itu, seorang wanita membuat laporan polis kelmarin dengan mendakwa pegawai berkenaan memarahinya.  MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.