Antara hidangan menu 'Big Set' di Restoran Ketam Manis di Cyberjaya. Foto FAREEZ FADZIL, 19 JUN 2023.

MENIKMATI menu-menu yang sedap dengan harga tak masuk akal, ia bagaikan syurga bagi penggemar makanan laut segar.

Restoran Ketam Manis yang terletak di Cottage Walk, Cyberjaya menyajikan hidangan Cina Muslim yang sedap pada harga yang amat berpatutan.

Restoran Ketam Manis di Cyberjaya. Foto FAREEZ FADZIL, 19 JUN 2023.

Pelbagai juadah berasaskan makanan laut seperti ketam, udang, ikan dan sotong dimasak begitu sempurna oleh chef di restoran ini.

Restoran Ketam Manis adalah cetusan idea Muhammad Hishamuddin Abd Samad yang sangat sukakan makanan laut.

Antara makanan dan lauk dalam menu ‘Big Set’ di Restoran Ketam Manis di Cyberjaya. Foto FAREEZ FADZIL, 19 JUN 2023.

Bermula sejak tiga tahun lalu, banyak menu yang menjadi pilihan bagi pencinta makanan laut.

Antaranya Salted Egg Squid, Butter Egg Prawn, Siakap Steam Assam dan paling menjadi pilihan adalan Chilli Crab.

Para pelanggan boleh mencuba hidangan berbentuk set atau ‘ala carte’ yang dimasak dengan pelbagai ramuan istimewa, pastinya cukup membuat anda kecur air liur, apatah lagi bila dihidangkan panas-panas.

Bermula pada harga RM15.90 untuk set makan tengahari sehingga RM590 untuk hidangan 10 orang, menu ‘penuh meja’ menambah selera pengunjung di sini.

Antara makanan dan lauk dalam menu ‘Big Set’ di Restoran Ketam Manis di Cyberjaya. Foto FAREEZ FADZIL, 19 JUN 2023.

Tidak hanya boleh makan di restoran, Ketam Manis juga membuka tempahan makanan kepada semua aplikasi untuk memudahkan orang ramai merasai menu-menu yang ditawarkan untuk makan di rumah atau di mana sahaja.

Ruang acara

Menikmati hidangan makanan laut, selalunya lebih menyelerakan jika dimakan beramai-ramai.

Menyedari budaya makan besar-besaran dalam kalangan rakyat Malaysia, Restoran Ketam Manis turut menyediakan ruang privasi di tingkat atas restoran ini.

Boleh menempatkan hingga 80 orang pada satu-satu masa, ruang ini turut dilengkapi dengan set sistem siar raya, kerusi, meja dan ruang solat.

Restoran Ketam Manis turut menyediakan ruangan dan set karaoke untuk disewa di restorannya di Cyberjaya. Foto FAREEZ FADZIL, 19 JUN 2023.

Ketam Manis turut mengalami jatuh bangun dalam perniagaannya semasa pandemik Covid-19 kini bangkit kembali dengan menu-menu yang lebih sedap dan menepati citarasa pelanggan.

Yang pasti Restoran Ketam Manis memberi jaminan bahawa makanan laut di restoran ini adalah yang segar dan berkualiti pada harga berpatutan kerana kepuasan pelanggan adalah keutamaannya.

 

Restoran Ketam Manis turut menyediakan ruangan dan set karaoke untuk disewa di restorannya di Cyberjaya. Foto FAREEZ FADZIL, 19 JUN 2023.

Restoran Ketam Manis ini beroperasi dari jam 11 pagi hingga 11 malam.

Tempahan hidangan Ketam Manis juga boleh didapati menerusi aplikasi online, bak kata orang zaman sekarang di hujung jari pun boleh order, kan. – Malaysia Gazette