Lembaga Zakat Selangor
Lembaga Zakat Selangor (LZS)

KUALA LUMPUR – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mempelawa pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang berhasrat melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi di Maghribi untuk mendapatkan dermasiswa.

Menerusi Facebook, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan, permohonan mengenainya boleh dibuat kepada agensi itu yang telah dibuka bermula pada 19 hhingga 25 Jun ini.

Katanya, syarat utama permohonan adalah pemohon mestilah warganegara Malaysia yang lahir di Selangor atau ibu apa lahir di Selangor atau telah bermastautin lebih dari tiga tahun di negeri itu.

Bagi syarat minimum akademik, pemohon mestilah memperoleh sekurang-kurangnya kepujian gred A- bagi mata pelajaran Kurikulum Bersepadu Dini atau Kurikulum Bersepadu Tahfiz atau Bahasa Arab Tinggi, Pengajian Syariah Islamiah serta Pengajian al-Quran dan al-Sunnah.

Tambahnya, permohonan dan syarat kelayakan boleh disemak di https://epengajiantinggi.jais.gov.my. – MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast