Safee Sali.

KUALA LUMPUR – Kelab Liga Sosial, Kelana United mengumumkan bekas penyerang kebangsaaan, Safee Sali sebagai pemain terbaharu mereka bagi menghadapi saingan Liga Perdana FAS.

“Beliau merupakan bekas pemain profesional untuk pasukan Selangor, Kuala Lumpur, Sarawak, Pelita Jaya (Indonesia), JDT dan banyak lagi.

“Beliau juga mempunyai pengalaman di peringkat Kebangsaaan. Sang lagenda yang tak perlu di perkenalkan lagi, kini bersama membarisi skuad Kelana United dalam pentas Liga Sosial.

“Pastinya pengalaman berharga & didikan Safee Sali pastinya ditagih pemain muda Kelana United untuk masa akan datang,” tulis kelab itu di Facebook rasmi miliknya.

Pada 20 Februari lalu, Safee mengumumkan persaraan sebagai pemain bola sepak profesional selepas hampir 20 tahun berada dalam arena itu.

Safee, 39, menjelaskan ketika ini adalah masa terbaik untuk dia bersara apabila menganggap tidak mampu lagi untuk bersaing dengan pemain lain terutama di bahagian serangan.

Untuk rekod, Safee meledak lebih 136 gol bersama kelab dan mengumpul 47 jaringan buat pasukan kebangsaan, Harimau Malaya.

Safee membantu Harimau Malaya memenangi kejuaraan tunggal di Piala AFF pada tahun 2010 dengan dia turut dinobatkan sebagai penjaring terbanyak pada edisi itu selepas meledak lima gol. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast