LONDON – Manchester United telah mengemukakan bidaan terbaru untuk Mason Mount sekitar £55 juta, lapor Fabrizio Romano.
Pakar perpindahan bola sepak itu mendedahkan tawaran ketiga yang dikemukakan oleh United untuk mendapatkan Mount adalah merupakan tawaran terakhir.
Katanya, United juga memastikan bahawa mereka akan menamatkan proses rundingan itu sekiranya Chelsea menolak tawaran tersebut.
“United juga dilaporkan mahu proses ini diselesaikan secepat mungkin kerana mereka percaya bahawa Mason Mount tidak akan menandatangani kontrak baharu di kelab itu,” katanya di media sosial miliknya.
Mount telah muncul sebagai sasaran utama United sejak pembukaan pasaran perpindahan musim panas di mana pengurus, Erik ten Hag mahu memperkuatkan bahagian tengah pasukannya.
Ini kerana dia mahu mengurangkan beban Christian Eriksen yang telah bermain lebih 40 perlawanan musim lalu.
Sebelum ini, United telah melancarkan bidaaan pertama bernilai £40 juta (RM185 juta) untuk Mount namun ditolak oleh Chelsea termasuk kedua £50 juta (RM295 juta) dalam usaha mendapatkan khidmat Mason Mount minggu lalu. – Agensi