Hoy San berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun ke-17, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, hari ini.

PETALING JAYA – Kerajaan negeri Selangor menjangka menerima lebih 3.5 juta  pelancong sehingga hujung tahun ini.

Exco Pelancongan dan Alam Sekitar, Hee Loy San berkata, ia merupakan peningkatan sebanyak lima peratus berbanding 3.3 juta orang tahun lalu.

Katanya, pelancongn pelayaran melalui terminal kapal persiaran Pelabuhan Klang  dan Taman Tema Air Splash Mania di Gamuda Cove merupakan antara lokasi tarikan pelancongan negeri itu.

“Sememangnya negeri Selangor mempunyai banyak lokasi menarik untuk dikunjungi dan tidak terhad di kawasan bandar saja.

“Bagi menarik minat lebih ramai pelancong, pakej berasaskan komuniti setempat akan dipasarkan seara meluas kerana itulah trend terkini pelancong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun ke-17, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu Datuk Bandar MPPJ, Mohamad Azhan Md Amir.

Dalam pada itu, Loy Sian berkata, seramai 1,941 pengguna telah menggunakan aplikasi Go Selangor yang diperkenalkan sebelum ini dengan jumlah akses sebanyak 6,820 kali.

Katanya, aplikasi Go Selangor itu menerima respons yang agak baik daripada pengguna malah, terdapat beberapa penambahbaikan yang dicadang seperti pakej tawaran akan diperbanyakkan di aplikasi berkenaan. – MalaysiaGazette