Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Muhammad Faiz Na'aman

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) sedia menerima Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) sekiranya kedua-duanya mahu menyertai gabungan tersebut.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Muhammad Faiz Na’Aman berkata, perkara itu boleh dipertimbangkan oleh PN tapi bersyarat.

“Jika Pejuang dan PUTRA mahu sokong PN kita terima tapi jika kerusi yang diminta sebagai syaratnya, maaf, kalian perlu sedar diri setelah kalah teruk dalam PRU15.

“Jika mahu penyatuan sila bubarkan parti kalian,” katanya hari ini.

Pada Ahad lalu, Presiden PUTRA, Datuk Ibrahim Ali berkata parti itu berharap dapat bekerjasama dengan PN dan diberi peluang oleh gabungan itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Ibrahim berkata, tanpa mengharapkan jumlah kerusi yang banyak, Putra sedia bertanding di mana-mana jua sekiranya diberi peluang malah tidak ada masalah untuk bertanding dengan menggunakan logo PN.

Malah beliau berkata, sudah menyampaikan hasrat itu kepada Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam petemuan mereka sebelum ini.

Untuk rekod, pada Mac lalu, permohonan Pejuang untuk menyertai PN sebagai sebahagian parti komponennya ditolak mesyuarat Majlis Tertinggi PN.

Hamzah berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Angkuh sungguh kata2 budak yg baru bergelumang dgn politik ini. Bila nk bercakap guna otak bukan guna lutut.

Comments are closed.