Pengerusi Proklamasi Orang Melayu (POM), Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media berkenaan Proklamasi Orang Melayu di Hotel Sama-Sama KLIA, Sepang. Foto FAREEZ FADZIL, 28 JUN 2023.
Pengerusi Proklamasi Orang Melayu (POM), Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media berkenaan Proklamasi Orang Melayu di Hotel Sama-Sama KLIA, Sepang. Foto FAREEZ FADZIL, 28 JUN 2023.

SEPANG – Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup berkompromi dengan hak orang Melayu kerana bimbang hilang kuasa Perdana Menteri.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, DAP merupakan parti politik yang mempunyai kuasa terbesar dalam PH untuk menentukan kerajaan untuk terus kukuh.

“DAP adalah parti terbesar dalam gabungan PH dengan lebih 40 Ahli Dewan Rakyat, PKR atau Amanah pun tidak mempunyai kekuatan DAP. Yang kuat sekali adalah DAP. Kalau tak ikut DAP, jika DAP menarik balik sokongannya, kerajaan akan tumbang,” katanya dalam sidang media di Hotel Sama-sama, di sini, hari ini.

Malah Mahathir turut mendakwa Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu bersetuju dengan banyak tuntutan yang dibuat oleh DAP.

“Jadi, Anwar mesti ikut DAP dan kita tengok macam-macam dia bersetuju sehingga ada sekali dia berkata orang Melayu jangan ingat mereka sahaja yang memiliki negara ini. Ada juga bangsa lain punyai hak untuk memiliki negara kita,” katanya.

Gabungan PH, yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah, menjalin hubungan politik dengan musuh lama Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Anwar. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Alahai..ko jd PM 22 tahun apa yg ko buat utk org Melayu? Yy kaya ialah kroni2 ko jaa mcm Vincent Tan…lg mau cakap pasal Melayu? Ko pegi jahanam lah tua kutuk

Comments are closed.