KUALA LUMPUR – Seramai empat pelajar lelaki di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat di sini dilaporkan hilang selepas sejak 8 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismaul berkata, kesemua mangsa berusia antara 10 hingga 12 tahun dilaporkan keluar dan selepas itu tidak pulang ke pusat tahfiz itu.

“Setakat ini mereka masih belum ditemui,” katanya secara ringkas kepada pemberita.

Tambah Mohamad Lazim, polis akan membuka Kertas Enkuiri Polis (KEP) dan siastan lanjut masih dijalankan berhubung kes itu.

Terdahulu, tular di media sosial berhubung kehilangan empat kanak-kanak merupakan penghuni tahfiz terbabit sejak semalam.

Menerusi hantaran itu, kejadian disedari ustaz mereka sekitar pukul 10.30 malam dan keluarga meminta bantuan orang ramai bagi mengesan mangsa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast