Bapa kepada Allahyarham Ku Adib Aizab iaitu Ku Azmi Saad memimpin solat jenazah buat anaknya sebaik tiba di kediaman mereka di Seri Pistana, Saujana Utama, Sungai Buloh dari KLIA.

SUNGAI BULOH – Jenazah Allahyarham Ku Adib Aizab Ku Azmi tiba di kediamannya di Seri Pistana petang ini dari Masjid An-Nur, Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor.

Sebelum itu, lebih 200 ahli keluarga termasuk kenalan dan orang hadir untuk menunaikan solat jenazah sebaik jasadnya tiba dari Unit Forensik Hospital Dungun pukul 4.10 petang.

Ku Adib Aizab, 20, merupakan antara tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang meninggal dunia dirempuh kenderaan SUV di hadapan kampus universiti itu malam tadi.

Dua lagi mangsa adalah Khairil Anwar Jamaludin, 20, dari Ampang Selangor dan Muhammad Akhmal Md Tukirin, 25.

Sementara itu, Ku Adib adalah anak kepada Penolong Pengarang Berita BH, Hafizah Iszahanid manakala bapanya, Ku Azmi Saad, adalah kakitangan Print Tower Sdn Bhd (PTSB), sebuah syarikat di bawah The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP).

UiTM berdukacita kematian tiga pelajar dalam nahas depan kampus

Ketika nahas, pasangan itu dalam penerbangan ke Mekah untuk mengerjakan umrah menerusi Program Umrah dan Ziarah 2024, Media Prima Bhd membabitkan 127 peserta daripada kalangan kakitangan dan ahli keluarga.

Pesawat rombongan umrah itu berlepas dari KLIA jam 5.35 petang semalam dan sampai Jeddah jam 9.15 malam tadi (waktu tempatan).

Difahamkan ibu bapa Ku Adib Aizab sudah tiba di KLIA dan dalam perjalanan pulang menatap kali terakhir wajah anak mereka.

Jenazah Ku Adib yang juga yang merupakan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul A’liyah Saujana Utama selepas kedua ibu bapanya tiba.

Dalam kejadian 7.20 malam tadi, SUV jenis Honda CRV dipandu wanita merempuh belakang dua motosikal yang ditunggang ke semua mangsa, menyebabkan tiga mangsa maut dan seorang rakan mereka parah.

Pemandu berusia 49 tahun itu ditahan dan dibawa ke Mahkamah Majistret, Kuala Terengganu hari ini untuk perintah reman. – MalaysiaGazette

3 pelajar UiTM maut, seorang parah dirempuh SUV

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast