Lelaki berbaju coklat diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Putrajaya untuk membantu siasatan berhubung isu provokasi pada sambutan Hari Kebangsaan 206 di Dataran Putrajaya, semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang didakwa mencetuskan provokasi hingga berlaku aksi tolak-menolak pada sambutan Hari Kebangsaan 206 di Dataran Putrajaya, semalam diminta tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya telah menerima empat laporan berhubung kejadian provokasi itu didakwa berlaku sekitar jam 5 pagi.

“Polis telah mengesan video dimuat naik di Facebook pemilik akaun ‘Anwar Captain Goose’ memaparkan seorang lelaki tempatan berbaju coklat dipercayai telah membuat provokasi.

“Lelaki itu telah merempuh dan menolak orang awam yang sedang menunggu pembukaan pagar tempat duduk sehingga berlaku tolak-menolak dan beberapa individu terjatuh.

“Susulan itu, kita meminta lelaki terbabit turut diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan itu katanya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian juga diminta tampil membantu siasatan,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here