Monday, April 29, 2024
Home Dunia Naomi lahirkan anak kedua pada usia 53 tahun

Naomi lahirkan anak kedua pada usia 53 tahun

Foto Instagram Naomi Campbell.

LONDON – Supermodel antarabangsa terkenal, Naomi Campbell membuktikan usia lanjut bukan penghalang apabila mengumumkan kelahiran anak keduanya yang juga bayi lelaki pada usia 53 tahun.

Menurut laporan portal media antarabangsa, kehamilan tidak pernah diumumkan sebelum ini menyebabkan sebilangan besar peminat Campbell terkejut selepas berita itu yang dikongsinya di akaun Instagram peribadinya.

Dua tahun lalu, Campbell menimang cahaya mata perempuan.

“Sayangku, ketahuilah sejak kau hadir dalam hidup kamu, kau sangat dihargai dan dikelilingi oleh kasih sayang. Kamu adalah anugerah sejati daripada Tuhan,” tulis di  hantaran di Instagram miliknya.

Hantaran itu mengiringi gambar tangan Campbell dan anak perempuannya memegang tangan bayi yang baru lahir itu.

Sejak kelahiran anak sulung pada bulan Mei 2021, Campbell tidak banyak berkongsi kisah kehidupan peribadinya termasuk memuat naik gambar anaknya.

Bagaimanapun, tahun lalu, Campbell dan anak sulungnya membenarkan wajah mereka berdua dirakamkan untuk muka depan majalah fesyen ternama dunia, Vogue edisi Britain

Dalam wawancara itu, dia memberitahu, sebelum ini, hanya segelintir sahaja orang yang mengetahui dia akan menjadi seorang ibu.

“Tidak pernah terlambat untuk menjadi seorang ibu,” tulis Campbell lagi. – Agensi