LONDON – Bayern Munich bersedia melepaskan Marcel Sabitzer sekiranya mereka menerima tawaran harga menarik antara €15hingga €17 juta, lapor pakar perpindahan, Fabrizio Romano.
Pemain tengah itu sebelum ini dipinjamkan kepada Manchester United pada Januari lalu dan pengendalinya, Erk Ten Hag gembira dengan prestasinya.
Bagaimanapun, buat masa ini United dilaporkan lebih mengutamakan pasaran perpindahan lain untuk persediaan menghadapi musim 2023/2024.
Mei lalu, Sabitzer diketepikan untuk tiga perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris membabitkan United termasuk final Piala FA.
Pemain Austria berusia 29 tahun itu mendedahkan dia mengalami masalah di bahagian meniscal sekali gus mengakhir kempennya lebih awal.
Sabitzer dibawa masuk pada hari tarikh akhir jendela perpindahan susulan krisis di bahagian tengah selepas Christian Eriksen dan Scott McTominay terpaksa disisihkan.
Dia menghasilkan prestasi mengagumkan dengan menyumbangkan tiga gol dalam 18 penampilan. – Agensi