Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan Foto MOHD ADZLAN, 02 MAC 2023.

KUALA LUMPUR – Seramai 22 individu diambil keterangan bagi membantu siasatan insiden seorang menteri yang didakwa melepasi kaunter Jabatan Imigresen untuk ‘menyelamatkan’ seorang pelancong China yang ditahan oleh jabatan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Antara yang memberi keterangan ialah pegawai Jabatan Imigresen, empat pegawai polis bantuan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan pekerja syarikat ejen pelancongan.

Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Hussein Omar Khan berkata, setakat ini sebanyak empat laporan polis diterima daripada orang awam yang mendesak siasatan dan tindakan dilakukan.

“Setakat ini, kes itu belum lagi diklasifikasikan di bawah mana-mana Seksyen kesalahan dan Kertas Inkuiri polis (KEP) dibuka oleh polis dalam kes ini. “KEP ini akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara pada hari ini,” kataya ketika dihubungi MalaysiaGazette, hari ini.

Berikutan kekecohan itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menerusi satu kenyataan mengaku beliau merupakan VIP berstatus menteri yang tular di laman media sosial.

Dalam kenyataan tersebut, King Sing mendakwa wujud amalan rasuah dalam kalangan pegawai Imigresen  di KLIA. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast