Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Bilangan 4 Tahun 20023 di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Putrajaya. Foto MUHD NA’IM, 04 JULAI 2023.

KUALA LUMPUR – Nama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjadi tular di media sosial gara-gara perubahan pada wajah beliau dengan mata kelihatan bengkak dan lebam.

Namun persoalan itu terjawab apabila anak sulungnya, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menjelaskan bahawa bapanya mengalami kerosakan saraf optik dan memerlukan pembedahan.

“Saraf mata dia tak function (berfungsi). Sebab tu mata dia jadi ‘jatuh’. Buat muka buat apa, bukan super star pun. Kalau sampai mudarat sebab saraf mata, kena la buat sesuatu.

“Tapi biasalah orang lagi seronok fitnah daripada tahu perkara sebenar,” tulisnya membalas komen netizen di Instagram.

Nurulhidayah berkata, sebagai ahli politik, Ahmad Zahid perlu kuatkan semangat walaupun sakit kerana memikul tanggungjawab besar yang diamanahkan.

Nurulhidayah berkata, bapanya masih dalam proses pemulihan dan tidak berehat lama selepas pembedahan mata.

Pada 22 Jun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution mengesahkan Zahid bercuti selama dua minggu.

Namun Zahid yang juga Presiden UMNO sekali lagi mencuri tumpuan apabila dilihat tampil memakai cermin mata hitam pada Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Siasatan Persekutuan (FBINAA) Asia Pasifik ke-23 di Kuala Lumpur pada 26 Jun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. Mana ada record ZAHID HAMIDI SAKIT sejak cowtim dengan ANWAR IBRAHIM ni… masa turunnaik MAHKAMAH waktu DAP PKR cungkil KES RASUAH dan di HINA sehina-hinanya SAKAU harta rakyat SAKAU harta KERAJAAN untuk keluarga dia ya diakui kerapkali bila tiba waktu perbicaraan.. itu BEREKOD dan di WARTAKAN… KURANG 45 hari dari sekarang ZAHID HAMIDI boleh rehat dan di REHATKAN akarumbi UMNO sehingga AKHIR NANTI… Sayonara goodbye Zahid Hamidi after PRN 6 NEGERI

    • Berapa byk harta rakyat (harta bapa kamu) yg dia sakau? Tuduhan salah guna dana YAB miliknya itu harta bapa kamu? Itu semua pertuduhan yg sdg dibicarakan dn bukan hak kamu utk menghina beliau dgn membuat pertuduhan lain.

  2. Cara kamu cakap seperti berdendam. Manusia ini sama. Contoh: Kalau nak buat kopi ke, Teh ke. Biar secukup air, kopi, teh, gula biar secukup rasa. Kalau berlebihan pun lama kelamaan, perlahan lahan kamu di nasihat oleh doctor di potong bahagian anggota kamu sepuya tidak merebak jakitan lebih teruk. Setiap perbuatan , ada tindak balasnya. Kamu terperlu berlagak lah. Lebih kamu jaga rumah kasi besihkan. Sapu sampah, basuh pakaian dalam isteri dan sebagai nya. Budaya hidup baru. Bukan macam dulu COVID takut kamu. Kamu maki orang, orang lain akan maki kamu. Setiap perbuatan, ada tindak balas. Tiada siapa yang terbaik dalam dunia ini. Hanya ALLAH. Kalau kamu tak puas hati atau terbaik. Jadi Perdana Menteri.

  3. Salam simpati saya kepada Datuk Zahid!

    Ada yang saran supaya Datuk berehat sekejap, biarlah pemangku yang ambil alih peranan sehingga sembuh sepenuhnya.

Comments are closed.