Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastuktur dan Kemudahan Awam negeri, Ir Izham Hashim membuat lawatan lokasi projek pelebaran Persiaran Mohktar Dahari, di Puncak Perdana di Shah Alam, Selangor.

SHAH ALAM – Perlaksanaan Projek Turupan Mega Selangor yang bermula pada Jun lalu di sembilan daerah di negeri ini sudah mencapai 25 peratus dan ia dijangka siap sepenuhnya pada penghujung bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastuktur dan Kemudahan Awam negeri, Ir Izham Hashim berkata, projek yang melibatkan kerja baik pulih 118 jalan itu dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM50 juta.

“Projek tersebut terbahagi kepada lima fasa ini masih mengikut perancangan dan garis masa ditetapkan. Pada bulan Jun banyak proses perolehan, bulan ini banyak kerja-kerja perlaksaan akan bermula.

“Untuk fasa satu, telah mencapai 94 peratus proses perlaksanaannya. Banyak projek hampir siap dan telah siap oleh PBT (Pihak Berkuasa Tempatan), jabatan kerja raya, jabatan pengairan dan saliran serta bawah daerah,” katanya pada pemberita.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastuktur dan Kemudahan Awam negeri, Ir Izham Hashim membuat lawatan lokasi projek pelebaran Persiaran Mohktar Dahari, di Puncak Perdana di Shah Alam, Selangor.

Terdahulu beliau meninjau kerja-kerja pelebaran jalan di Persiaran Mokhtar Dahari berhampiran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Puncak Perdana, di sini, hari ini.

Izham berkata, kontraktor projek berkenaan turut bertanggungjawab menyelia kerja penyelanggaraan jalan terbabit.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Kerajaan Negeri menambah peruntukan sebanyak RM15 juta bagi melaksanakan kerja menilai keadaan jalan serta cerapan laluan baharu.

“Daripada jumlah itu RM10 juga untuk nilai lebih lanjut jalan-jalan bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) manakala RM5 juta untuk daftar jalan baharu dengan Sistem Maklumat Jalan Raya Malaysia (MARRIS),” jelasnya.

Pada 2 Jun lalu, kerja turapan mega dijalankan di sembilan daerah meliputi jarak 94.9 kilometer bagi memastikan keadaan jalan baik, sekali gus meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya serta mengurangkan kemalangan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast