Nor Azah.

KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dicadangan untuk mengadakan lawatan ke negeri-negeri yang ditadbir oleh Pas, kata Exco Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Nor Azah Abdul Aziz.

Nor Azah berkata, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu harus melihat sendiri pentadbiran Pas di Terengaanu, Kedah dan Kelantan mengenai penerapan nilai-nilai harmoni pelbagai kaum di ketiga-tiga negeri tersebut.

“Saya mencadangkan agar Lim Guan Eng membuat lawatan sambil belajar ke Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis untuk melihat bagaimana negeri-negeri itu ditadbir oleh pemimpin berjiwa rakyat dengan suasana harmoni masyarakat berbilang kaum dan agama dalam menjalani kehidupan beragama masing-masing.

“Ini kerana Islam tidak pernah mengajar untuk umatnya menindas agama lain, dan begitu juga agama lain, dan itu adalah fakta,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebuah portal berita tempatan yang memetik laporan akhbar Bahasa Mandarin melaporkan, Guan Eng memberi amaran kepada pengundi Pulau Pinang untuk menyekat ‘gelombang hijau’ daripada bertapak di negeri itu.

Guan Eng mendakwa, ia akan mengakibatkan tokong Buddha dimusnahkan dan orang bukan Islam berdepan pelbagai sekatan.

Mengulas lanjut, Nor Azah berkata Guan Eng tidak sepatutnya menggunakan isu 3R (Agama, Bangsa dan Raja) sebagai alat untuk meniupkan isu perkauman di negara ini.

Jelas beliau, bekas Menteri Kewangan Pakatan Harapan (PH) itu sepatutnya memperjuangkan beberapa isu yang menghimpit rakyat masa kini.

“Jika Lim Guan Eng berasa bibit-bibit kekalahan akan tiba dalam PRN tidak lama lagi, tidak perlu menggunakan agama dan kaum untuk menghasut rakyat Pulau Pinang untuk mengundi kerajaan DAP Pulau Pinang.

“Jangan menidakkan kebijaksanaan pengundi-pengundi di negeri ini, terutamanya anak-anak muda. Sudah pasti, mereka tidak mahu undi DAP tetapi dapat BN yang dikuasai Zahid Hamidi, tokoh yang DAP musuhi dulu,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast