Bekas Menteri Kabinet, Datuk Zuraida Kamaruddin bercakap kepada media selepas Forum Bicara Bangsa Tanah Aku Dulu, Kini Ke Hadapan di Shah Alam Convention Centre, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 08 JULAI 2023.

SHAH ALAM – Bekas Presiden Parti Bangsa Malaysia, Datuk Zuraida Kamaruddin berharap Perikatan Nasional (PN) akan memilih calon yang hebat di mata pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada 12 Ogos ini.

Beliau yang secara terbuka kini menyokong PN berkata, kriteria itu penting kerana ia membolehkan pengundi sudah mempunyai pilihan pemimpin yang akan membentuk kerajaan selepas memenangi PRN.

Menurut bekas menteri Kabinet itu, kemenangan PN di Selangor penting kerana ia akan menentukan kejatuhan Kerajaan Persekutuan tidak lama lagi.

“Calon-calon PN perlu lebih terbuka dan letak calon hebat serta bersedia untuk menjadi kerajaan. Baru rakyat Selangor rasa calon dipilih mampu buat kerja dan tidak macam pemimpin kerajaan sekarang yang terhoyong-hayang naik basikal dan sebagainya.

“PN perlu memikirkan barisan calon yang tak kira parti sama ada Gerakan, Pas dan Bersatu atau terbuka juga kepada mereka yang tidak berparti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri program Bicara Bangsa Tanah Aku, Dulu, Kini Ke Hadapan Bersama Tun Dr Mahathir sempena Proklamasi Orang Melayu (POM) Selangor, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Zuraida yang juga bekas Ahli Parlimen Ampang berkata, sekiranya PN berjaya merampas Selangor pada PRN ini, ia akan melambangkan Kerajaan Persekutuan juga akan jatuh tidak lama lagi.

“Kalau Selangor menang, ramai lagi Ahli Parlimen akan berani tunjuk muka mereka dan tak percaya lagi kepada kerajaan hari ini di Putrajaya.

“Saya percaya Anwar (Ibrahim) dalam keadaan sangat tertekan, menggelabah juga kerana DAP ada 40 kerusi ayang kan kawal beliau sebab itu beliau perdana menteri yang lemah sekarang yang tunduk dengan DAP,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Betul tu, kejayaan PN di Selangor adalah kunci kepada kejatuhan kerajaan GAGAL sekarang.

    Rata2 rakyat semakin tertekan dengan kenaikan kos sara hidup.

Comments are closed.