KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP, Lim Guan Eng mendakwa laporan polis yang dibuat oleh Pemuda Perikatan Nasional (PN) terhadap dirinya merupakan satu jenayah kerana berdasarkan fakta palsu.
Ahli Parlimen Bagan itu berkata, laporan berkenaan boleh dianggap sebagai laporan palsu selepas China Press menyiarkan berita menafikan beliau pernah membuat ucapan menyebut tokong Cina atau pun Buddha.
Guan Eng mengulas kenyataan Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari yang mengarahkan ahli parti itu membuat laporan polis terhadap dirinya.
“Sekiranya Ahmad Fadhli ingin mengarahkan jentera Pemuda PN di seluruh negara untuk membuat laporan polis terhadap saya berdasarkan fakta yang palsu, mereka boleh dianggap melakukan satu jenayah iaitu membuat laporan polis palsu di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.
“Ahmad Fadhli secara berterusan telah membuat serangan politik dan peribadi yang biadab dan tidak berakhlak berdasarkan fitnah jahat ini oleh MalaysiaNow.
“Adakah beliau sendiri berani untuk tampil ke hadapan dengan membuat laporan polis palsu terhadap saya?” soal Guan Eng dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Guan Eng berkata, berita yang disiarkan China Press hari ini menyatakan sebuah portal tersilap dalam memetik laporan akhbar tersebut.
Guan Eng berkata, laporan terbaharu akhbar berbahasa Cina tersebut telah mengesahkan kenyataan beliau sebelum ini bahawa ucapannya dalam bahasa Cina telah diputarbelitkan.
“Sebelum ini portal berita MalaysiaNow telah menyiarkan suatu terjemahan laporan China Press yang terang-terang sekali salah faktanya. Laporan akhbar di bawah boleh dirujuk untuk pengesahan.
“Hari ini China Press menyiarkan satu laporan khas bahawa MalaysiaNow tersilap dalam terjemahan laporannya kerana saya tidak pernah menyebut tokong Cina ataupun Buddha dalam ucapan saya.
“Ini mengesahkan kenyataan saya semalam bahawa ucapan bahasa Mandarin saya telah diputarbelitkan bahawa “PN berniat merobohkan tokong Buddha atau Cina,” kata Guan Eng.
Beliau sekali lagi menegaskan, ucapanya merujuk kes sebuah kuil Hindu dirobohkan pada tahun 2020 di Kedah.
Ahmad Fadhli dalam kenyataan hari ini menggesa ahlinya di seluruh negara membuat laporan polis terhadap Guan Eng.
Ahmad Fadhli Shaari menganggap kenyataan Guan Eng seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal adalah kemuncak kepada provokasi kaum yang berisiko menjejaskan kedamaian dan perpaduan rakyat Malaysia.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
…cakap bahasa jawa je la masa ceramah pru nnt…he3…
kalau tak reti bahasa orang jangan mudah melenting nak tunjuk pandai rupanya akan jadi bodoh. . kalau kawan Indon cakap saya butuh awak awak butuh saya .nak terus tumbuk ke .awak ingat dia nak godek punggung awak ke . ingat batang butuh dia besar sangat