sekularisme DAP
Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Lima jam selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan pihak berkuasa itu memulakan siasatan ke atas Pengerusi DAP, Lim Guan Eng kerana mengeluarkan kenataan yang menyentuh isu sensitif, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang turut mengahadapi siasatan yang sama.

Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Datuk Suresh Kumar G. Suppiah berkata, Ahli Parlimen Marang itu disiasat berhubung kenyataan beliau yang dipercayai menyentuh isu 3R (Institusi Diraja, Agama dan Bangsa).

“Siasatan mendapati Abdul Hadi mendakwa bahawa DAP mahu mengekalkan pengertian Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran penjajah yang menjunjung liberalisme dan kebebasan yang diamalkan oleh negara barat.

“Kenyataan tersebut dipercayai dilakukan oleh Abdul Hadi melalui hantaran di halaman
facebook akaun Abdul Hadi Awang pada 8 julai 2023 yang lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu 3R: Bukit Aman siasat Guan Eng

Tambah beliau, siasatan dilakukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Menurut Suppiah, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan -MalaysiaGazette