Zahir di mata, Syria negara yang cantik dengan keindahan alam semula jadi dan warisan kegemilangan zaman silam.
Namun, konflik sejak lebih 12 tahun lalu, mengubah segala landskap bumi Syam.
Rakyat yang terperangkap kini terpaksa bertarung hayat untuk terus hidup.
Daripada 13 juta yang menjadi pelarian, lebih 5 juta terpaksa meneruskan kehidupan di negara orang termasuk di Turkiye.