Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2022 akan dikeluarkan pada Khamis ini.

Menurut kenyataan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), seramai 41,701 calon telah menduduki peperiksaan itu di 659 buah pusat peperiksaan di seluruh negara dan sebanyak 5,668 petugas peperiksaan telah dilantik bagi keseluruhan peperiksaan tersebut.

Katanya, calon Sekolah Kerajaan/Bantuan Kerajaan/swasta boleh memperoleh keputusan peperiksaan itu dari sekolah masing-masing mulai jam 11.30 pagi pada 13 Julai 2023 dan/atau secara dalam talian di pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan mulai jam 11.30 pagi pada hari yang sama.

Jelasnya, keputusan juga boleh diperoleh secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan STPM 2022 dengan menaip STPM<jarak>No.K/P<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888.

Katanya, sistem ini akan diaktifkan mulai jam 11.00 pagi pada 13 Julai 2023 sehingga jam 12.00 tengah hari pada 23 Julai 2023. – Malaysiagazette