KUALA LUMPUR – Selepas Ustaz Azhar Idrus, seorang lagi pendakwah diarahkan membatalkan kuliahnya atas arahan pihak tertentu.

Kali ini di Melaka yang melibatkan Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani atau dikenali UAD.

“Dukacita dimaklumkan bahawa kuliyah Maghrib UAD yang akan diadakan di Masjid Datok Andak Serkam Pantai, Melaka pada malam ini, 14 Julai 2023 terpaksa dibatalkan atas arahan pihak tertentu.

“Mohon maaf kepada penduduk Negeri Melaka kerana tidak dapat menyampaikan kuliah di tempat anda,” tulis di Facebook miliknya hari ini.

Semalam, Ustaz Azhar Idrus mengumumkan Kuliah Maghrib Perdana di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak di sini yang menjemputnya sebagai penceramah pada Ahad ini terpaksa dibatalkan.

Berita itu dimaklumkan menerusi akaun Instagram @uaioriginal yang menjelaskan pembatalan itu adalah kerana atas arahan pihak tertentu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast