Zaidatul Husniah Zulkifli. Foto The Star

KUALA LUMPUR – Impian ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli untuk mencipta rekod peribadi (PB) baharu sejak lima tahun lalu akhirnya tercapai pada Kejohanan Olahraga Asia 2023 di Bangkok, Thailand, semalam.

Husniah, 29, melakukan catatan 11.56 saat (s) pada aksi saringan 100 meter (m) di Stadium Nasional sekali gus memadam rekod lamanya 11.59s dilakukan di Weinheim, Jerman pada 2018.

Catatan itu turut membolehkan atlet dari Kedah tersebut menyambar tiket ke peringkat separuh akhir hari ini dengan misi pastinya mahu memperbaharui masa yang lebih baik.

Turut layak ke separuh akhir esok ialah Veronica Shanti Pereira (Singapura), Aziza Sbaity (Lebanon), Kim Daeun (Korea Selatan), Farzaneh Fasihi (Iran), Arisa Kimishima (Jepun) dan Kristina Marie Knott (Filipina).

Baki atlet-atlet di peringkat itu esok seperti Hamideh Esmaeilnezhad (Iran), Ge Manqi (China), Loi Im Lan (Macau), Elizabeth Tan Ann Shee Ru (Singapura), Kashafutdinova Rima (Kazakhstan) dan Mazoon Khalfan Saleh (Oman). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast